12/06/2010

10 Perkara Yang Mematikan Hati

Ibrahim Adham Rahimahullah telah menyatakan bahawa terdapat 10 jenis perkara yang membuatkan hati akan mati dan doa tidak dikabulkan antaranya;

1.Kamu mengakui kewujudan Allah S.W.T tetapi kamu tidak menunaikan hakNya


2.Kamu membaca kitab Allah tetapi kamu tidak mengamalkan isinya


3.Kamu mengakui Syaitan itu musuh kamu tetapi seringkali mengikutinya..


4.Kamu mengaku cinta kepada Rasul tetapi meninggalkan ajarannya.


5.Kamu mengaku rindu kepada Syurga tetapi tidak beramal untuk menggapainya.


6.Kamu mengaku takut kepada Api Neraka tetapi tidak meninggalkan perkara yang berdosa


7.Kamu yakin bahawa mati itu pasti tetapi tidak menyediakan bekal untuk itu..


8.Kamu sibuk berbicara aib orang sehinggakan lupa akan aib sendiri


9.Kamu makan rezeki dari Allah tetapi tidak mahu untuk mensyukurinya..


10.Kamu sering menguburi orang mati tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.

11/19/2010

Majlis Konvokesyen Berpusat 2010


MAJLIS KONVOKESYEN BERPUSAT 2010
KPLI (j-QAF) AMBILAN JAN 2009, KPLI (KDC) SABK AMBILAN NOVEMBER 2008, KPLI(SR) KDC AMBILAN NOVEMBER 2008 DAN KDPM (KDC) SABK AMBILAN NOVEMBER 2006)

Tahniah Buat kawan-kawan semua...

Sila maklum berhubung perkara yang berkaitan dengan upacara konvokesyen tersebut seperti berikut :

2.1 Pendaftaran. Taklimat dan Raptai (WAJIB bagi semua graduan)
Tarikh : 22 November 2010 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Lobby Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya
Pakaian : Pakaian kerja rasmi & kemas

2.2 Pengambilan Jubah
Tarikh : 22 November 2010 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dataran Gerko, IPG Kampus Pendidikan Islam Selangor

2.3 Perarakan Graduan Masuk Dewan
Tarikh : 23 November 2010 (Selasa)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya
Pakaian : Lelaki : Baju Melayu gelap, samping hitam dan songkok
Perempuan : Baju Kurung dan tudung krim

2.4 Pemulangan Jubah
Tarikh : 23 November 2010 (Selasa)
Masa : 5.00 petang – 7.00 malam
Tempat : Dataran Gerko, IPG kampus Pendidikan Islam Selangor
Kelewatan : RM5.00 / hari

Sesi Persekolahan 2010 telah berakhir

Sesi persekolahan 2010 telah berakhir....
adakah kita berpuas hati dengan apa yang telah kita lalui tahun ni...

Selamat Datang / Ahlan Wasahlan

Welcome To Gallery anifturkey Blog